Wednesday, September 9, 2009

HA..ZAMBERY HARAM..


SAH ZAMBRY HARAM!!!

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

-anak muallaf-tak sedor diri lagi yang hang tu haram..lepaih ni hang nak bawa pi buat rayuan kat mahkamah mana pulak...ala omak kesian zambery...mana mau taruk muka...

No comments: