Saturday, September 5, 2009

HADIAH BUAT MUSA HASSAN

Tembak ala mafia

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Bagaikan aksi dalam filem, empat perompak bersenjatakan pistol berlagak mafia dengan menyerang hendap empat pekerja syarikat pengurup wang sambil melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah kenderaan pacuan empat roda dinaiki petugas terbabit dari jarak dekat.

Tindakan spontan perompak yang menaiki dua motosikal itu bukan saja menyebabkan mangsa tergamam, malah menarik perhatian orang ramai yang ketika itu terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari semalam, penjenayah yang dipercayai mengekori mangsa mengambil kesempatan ketika kesesakan lalu lintas untuk melakukan rompakan nekad itu.

Kumpulan itu yang disifatkan berbahaya, didakwa langsung tidak menghiraukan pengguna jalan raya yang memerhatikan gerak-geri mereka sebelum melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa.

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

Minta maaf yer.. Polis x sempat nak tangkap penjenayah.. polis kena jaga org politik dan tangkap org buat demo... hehehe

anakmuaallaf said...

Bujang susah,
Kes jenayah polis boleh pejam mata...orang politik tak salah pun kena cekup...teringat semasa kami berdemo Kriket Israel di UM dulu...engkau takbir naik trak...Hebatnya polis..nak takbir pun tak boleh..