Monday, August 10, 2009

Tarikh pilihan raya kecil Permatang Pasir diumum pagi ini


Tarikh pilihan raya kecil Permatang Pasir diumum pagi ini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pagi ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya kecil di sini kira-kira 11 pagi.

SPR telah menerima notis mengenai kekosongan kerusi DUN berkenaan daripada pejabat pilihan raya negeri Pulau Pinang Isnin lalu - tiga hari selepas kematian wakil rakyatnya.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63, pada awal pagi 24 Julai lalu.

SPR sudah pun mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya di Sarawak Rabu lalu.

No comments: