Sunday, August 2, 2009

Sembur gas, air dan tahan rakyat warnai GMI


Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Berikut maklumat dan gambar terkini :

7.50pm Angkatan Muda PKR mengecam tindakan polis mengganasi dan menangkap rakyat yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta ISA.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tersebut adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya mereka yang ditahan hari ini dibebaskan segera

Shamsul adalah antara 11 tokoh Pakatan Rakyat yang dicari polis bagi membantu siasatan terhadap penganjuran perhimpunan anti-ISA hari ini.

7.32pm Polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai.

7.20pm Seramai 438 orang ditahan dalam perhimpunan anti-ISA mulai tengah hari hingga 6 petang, termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak.

3.50 pm : PAS MP Nizar arrives ahead of Pakatan leaders at PAS Hq for press conference. PAS youth exco Sani Amzan calls rally a success as tens of thousands turn up despite police block, says will hand anti-ISA memo later.

3.45pm Salahuddin Ayub dalam ucapannya menganggarkan jumlah kehadiran demonstrasi yang menggesa ISA dimansuhkan itu sudah mendekati 100,000 orang, angka yang menjadi sasaran pihak penganjur.

3.38pm Timbalan Penerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.

3.35pm Kira-kira 2,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ.

3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.



3pm
Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.53pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kompleks Pertama, depan Sogo.2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan “deklarasi rakyat”.


2.50pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.

2 comments:

triple x malaya said...

salam pas dari aku anak jadi bagan dato..sungai tiang

anakmuaallaf said...

Triple x malaya,
salam perjuangan
mari kita sama-sama tumbangkan zahid...