Monday, August 10, 2009

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos


Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos

Oleh Saufi Hamzah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos, iaitu bersamaan 4 Ramadan, dengan hari penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Tarikh itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada sidang media di sini sebentar tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, pada 31 julai lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu adalah pilihan raya kecil kelapan sejak pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.

Sebelum ini, pilihan raya kecil DUN Lunas pada 2000 juga diadakan pada bulan Ramadan-berita harian

No comments: