Monday, August 31, 2009

Nizar : Sivakumar 'SAH'.. Ganesan 'HARAM'

Nizar : Itu Speaker Haram namanya

IPOH, 30 Ogos: Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan, bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

DS Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat menghalang sidang Dun Rabu depan kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudah hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.
sumber : Harakah

No comments: