Monday, August 24, 2009

Misi Bubur lambuk Perak berjaya di Permatang Pasir

-alhusseyn-

Petang kelmarin saya turut bersama petugas-petugas Perak di Permatang Pasir telah mengagih-agihkan bubur lambuk yang dimasak sendiri kesebuah taman penduduk yang berhampian.

Antara pemimpin yang turut serta dalam rombongan tersebut ialah bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Setiausaha DUN Perak, Ustz Misbahul Munir bin Masduki dan YDP Rahim Cheng.

Kira-kira 400 buah rumah telah berjaya dikunjungi dan mendapat agihan bubur lambuk yang disertakan buah korma serta minuman kotak.

Rata-rata penduduk yang dikunjungi gembira dengan kehadiran kami apabila kami menghulurkan kepada mereka sedikit oleh-oleh untuk berbuka puasa.

Bagi bukan beragama Islam, pemberian tersebut adalah sebagai satu pendedahan tentang makanan istimewa orang Melayu dibulan puasa sebagaimana mereka selama ini menganggap ketupat dan rendang makanan istimewa Melayu waktu menyambut Hari Raya.

Ada juga peristiwa yang agak lucu yang kami alami.Salah seorang penduduk yang dikunjungi telah bertanya : kamu semua dari mana?

“Kami datang dari PAS,” jawab Ustaz Misbah sambil menghulurkan bubur lambuk.

“Bagus! Bagus! Saya ingat dari Umno! Katanya sambil menyambut pemberian kami.

“Kalau dari Umno, kami tak mau! Kami tak mahu makan duit haram rasuah!” penduduk tersebut berkata dan membuatkan kami yang mendengarnya turut ketawa.

Di ketika yang lain pula, apabila beberapa penduduk Cina disitu mengetahui bahawa kami adalah dari Perak, maka bukan main seronoknya mereka menyambut kami.Mereka memuji-muji tentang Dato Seri Mohammad Nizar. Mereka kata , “Itu Nizar banyak baik punya orang! Sekarang punya itu Zambry, talak guna punya!”

Kami seronok sepanjang kunjungan kami tersebut kerana rata-rata penduduk disitu telah menyatakan rasa benci mereka terhadap Umno/BN.Nampaknya misi bubur lambuk dari Perak telah berjaya.

No comments: