Saturday, August 29, 2009

MAAFMU DITERIMA TAPI JANGAN JANJI SAJA...

Polis mohon maaf, janji bertindak pantas

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.

4 comments:

Anonymous said...

Masa teman ngan kekawan kena tendang dengan polis di Himpunan Mansuh Isa di KL baru-baru ni...mat polis-mat polis semuanya muka macam bebudak sekolah aje,tapi punya la garang... nak pukul dan tangkap aje koje mereka..Jadi,Bukan pasal "Junior" yeop,tapi pasal takde arahan dari pihak atasan Sbb yang buatnya dari spesis Umno..senang cite..

anakmuaallaf said...

salam anonymous,
betul teman.polis ni dah jadi pecacai UMNO.

Briged Akhdor LR2 said...

polis mmg dah mengalami masalah kepercayaan dengan rakyat..seprti pemimpin umno gak dengan slogan satu malaysia bagai nak rak..tapi dlm bn pun tak bersatu...begitu gak dgn polis dgn slogan cekap ,cepat dan betul tp realitinya sungguh mengecewakan ..tukar kerajaan jer caranya br polis jd polis bkn jd pencacai spt skg..

anakmuaallaf said...

Salam Briged Akhdor LR2
Mungkir pecacai ke 2 UMNO akan buat keputusan tepat untuk DUN Kota Seputeh????
Kita tunggu siapa yang kena esok..