Lima nama disenarai sebagai calon PAS Permatang Pasir

(Gambar: Salleh Man)
Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sendiri, Ustaz Mohd Salleh Man, timbalannya yang juga AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Turut dicalonkan adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang yang baru dilantik, Rosidi Hussain, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah dan bekas pegawai peribadi kepada Mohd Hamdan, Shamsul Kamal Sahpie.

(Gambar: Mohamad Sabu)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh penamaan calon manakala 25 Ogos pula sebagai hari pengundian yang kedua-duanya jatuh di bulan Ramadhan.

(Gambar: Rosidi)
Dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu PAS berjaya mempertahankan kerusinya bagi kali ketiga melalui Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman apabila berjaya memperolehi sebanyak 11,004 undi setelah berjaya menewaskan calon Umno yang hanya meraih sebanyak 5,571 undi.

(Gambar: Mohd Yusni)
Dun Permatang Pasir mempunyai seramai 20,350 pengundi. 72.0 peratus adalah pengundi Melayu. 25.7 peratus terdiri daripada pengundi Cina dan 1.2 peratus adalah pengundi India.
Manakala lain-lain bangsa hanyalah 0.2 peratus.