Friday, August 28, 2009

KHABAR ANGIN-USTAZ ISMAIL KAMUS BERADA DI MEKAH

USTAZ ISMAIL KAMUS SEDANG MENGERJAKAN UMRAH DI MEKAH...

Cepat betul SMS tersebar mengatakan bahawa Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia.
Ternyata SMS itu cuma khabar angin dan tak betul sama sekali.
Berdasarkan satu sumber, menurut adiknya Mohamad Kamus, Ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat waalafiat dan sedang mengerjakan umrah di Mekah....
Apa yang betul ialah Prof Dr. Ismail Salleh,62 yang meninggal dunia dalam penerbangan dari China-Kuala Lumpur dalam pesawat Tigers Airways kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan kerana serangan jantung.

4 comments:

triple x malaya said...

ape2 pu jangan percaye dengan cerite yang tidak ade kepasti..salam ramadhan dari daku..

anak muallaf said...

betul triple...banyak sms saya dapat Al Fatihah untuk Us Ismail Kamus.Apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Prof Ismail Salleh sebab dia tidak pernah jemu mengajar kami supaya kenal economi...
Dah pergi ziarah Pasar Ramadhan Spg 4...wah macam2 ada...Selamat Berpuasa... bila nak buat ceritera puasa pulak...

BUJANG SUSAH said...

Dia org tersilap info la nih...

anak muallaf said...

Salam Bujang Susah,
Betul tu...Lain kali kalau dapat maklumat begini kena confirm dgn sumber yang boleh dipercayai.

Semasa hari penamaan calon N11 Permatang Pasir kami juga mendapat SMS kematian ADUN Galas.Alhamdulillah YB Zailah call saudara ADUn Galas di China untuk memastikan berita ni..Ternyata berita ni tak benar.

Teknologi dari kepakaran ilmu yang Allah berikan jangan disalah gunakan.