Wednesday, August 26, 2009

KARTIKA-SIAPA YANG KENA

Misteri tangguh hukuman - Campur tangan Peguam Negara halang Kartika disebat


WARTAWAN menemu bual bekas model yang bakal dihukum sebat kerana meminum arak, Kartika di rumah keluarganya di Sungai Siput semalam.


KUANTAN - Di sebalik penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang sepatutnya ditempatkan di Penjara Kajang kelmarin, banyak tanda tanya timbul dan pihak yang terbabit saling menuding jari menyalahkan pihak lain.

Tidak dapat dipastikan siapa yang benar dalam hal ini, tetapi yang pasti kontroversi itu mendapat liputan meluas termasuk oleh media asing.

Keputusan menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika dikatakan bukan kerana mahu menghormati Ramadan tetapi dipengaruhi keengganan pihak Penjara Wanita Kajang untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Demikian dakwaan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar mengenai kegagalan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, 32, seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Beliau mendakwa, pengurusan Penjara Kajang tidak membenarkan penjara tersebut dijadikan tempat melaksanakan hukuman itu mungkin disebabkan mereka menerima tekanan daripada pihak tertentu.

"Penangguhan tersebut tidak ada kaitan dengan faktor menghormati bulan Ramadan kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebelum ini memang memutuskan hukuman sebat dilaksanakan dalam bulan puasa untuk tujuan menginsafkan pesalah.

"Kita percaya pengurusan penjara itu mungkin memohon mendapatkan arahan daripada Pejabat Peguam Negara supaya hukuman sebat ke atas Kartika ditangguhkan. Mungkin ada campur tangan daripada pihak tertentu sehingga menyebabkan Pejabat Peguam Negara juga campur tangan," katanya ketika dihubungi semalam tetapi beliau enggan mendedahkan pihak yang dimaksudkannya.

psst....psst....

jaga Dato Abd Rahim nanti kena tukar.maklumlah Dato tak mau jadi Mr angguk.Walau apapun tahniah Dato kerana membuka mata orang-orang Islam yang dok tunggang arak.Tahniah juga buat Kartika kerana menjadikan isu ini isu nasional dan rakyat buka mata dan sedar pemimpin UMNO tak nak Islam.


4 comments:

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Bila yg bersalah ingin bertaubat dan laksanakan hukuman sebat dikhalayak ramai, kenapa ada org yg takut pula? Mcm yg nk disebat tu mereka sdn.. hukum Allah diakhirat lebih berat..di dunia sikit sj.
'Satu lagi kejayaan kerajaan Barisan Nasional!'

Unknown said...

Hukuman sebat tu ok tapi kaedah melakukan sebatan yg dilaksanakan sekarang tu rasanya bukan cara Islam. Pertama - tidak dilakuka dikhalayak ramai. Ke2 - Setahu teman mengangkat tangan ada had2 yg tertentu sbb lagu sekarang ni mau pengsan budak tu kalau kena sekali rotan.
Ke3 - Auratnya terdedah seperti dalam video2 yg selalu dipaparkan- Menyalahi syariat.

Unknown said...

Mengenai Datok Bandar A/Setar tu teman pun tak kenal. Tapi bila dah kata orang Lana Bulu..teringin juga lah nak kenal. Kebanyakan orang kenal mergong, jerlun, Air Hitam dan Kerpan. Betul tak? Dan Megat Dewa. sedangkan kalau kita dari Sinpang 4 Kerpan ..nak ke Megat Dewa maka mesti melalui kg Lana Bulu dan Tok Kepak sebelum sampai ke batu 20 Megat Dewa.
Salam berkenalan.

anakmuaallaf said...

salam Lanabulu
yang paling saya tau Kerpan...TRAGEDI AIR MATA KERPAN.