Tuesday, August 4, 2009

BETOII KA DIA AHLI PAS???? SIASAT JANGAN TAK SIASAT

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos: PAS akan menyemak benar atau tidak satu-satunya orang yang berjaya menghantar memo kepada Istana Negara pada 1 Ogos baru-baru ini adalah ahlinya dan menghantar memo pro-ISA.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak mengenali orang yang bernama Mohd Khairul Azam Abd Aziz itu tetapi akan menyemaknya.

Akhbar The Star hari ini melaporkan dakwaan Khairul (gambar) bahawa dia berjaya menghantar memo pro-ISA ke Istana Negara.

Namun, memo itu hanya diletakkan di pintu pagar istana kerana tidak ada orang yang menerimanya.

Mohd Khairul, mendakwa dia Magaran (Majlis Gabungan NGO Pembela Negara) dan pro kepada ISA berbanding dengan PAS yang anti-ISA.
Sementara itu, siasatan Siasah kepada Pejabat Agung PAS tidak menemui sebarang ahli PAS
yang bernama Mohd Khairul Azam Abdul Aziz itu.
Bagaimnanapun semakan lanjut akan dibuat oleh mereka.

No comments: