Thursday, July 30, 2009

30 July 2009

H1N1 - Ke mana arah kita?


Hingga hari ini 30 Julai 2009, seramai 4 orang telah meninggal dunia disebabkan gejala penyakit ini..beribu lagi pula telah disahkan mengidapnya.. seluruh dunia menerima ancaman virus 'pelik' ini.. terlalu mudah merebak dan menjangkiti..

Ia telah menjadi satu wabak yang menular ke lebih 165 negara dunia.. hingga hari ni belum ada tanda penyakit ini berjaya di kawal..

Di negara kita, saban hari ada institusi pengajian, kolej, univerisiti, pusat latihan, maktab perguruan telah ditutup.. digantung pengajian sementara.. semua kerana 'konon' bagi mengawal gejala ini daripada merebak..

Namun hakikat nya, pembebasan pelajar atau peserta kursus atau pelajar sekolah daripada asrama mereka menambahkan lagi masalah ini.. bukan hanya mereka yang sihat dibebaskan tetapi ada kes mereka yang telah disahkan atau dijangkiti turut dibebaskan balik.. kesan seluruh komuniti terdedah kepada bahaya dijangkiti.. ia bukan hanya boleh menjangkiti secara terus dengan mereka yang telah dijangkiti tetapi juga melalui kesan-kesan yang ditinggalkan oleh pembawa virus seperti bersin dan batuk .. virus yang dikeluarkan melalui bersin dan batuk dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang ..misalnya digagang telefon, pemegang pintu, dalan lain-lain..

Soalnya disini.bukanlah untuk menceritakan tentang penyakit ini..akan tetapi sekadar mana kita mengambil tindakan bagi mengawal dan memperbetulkan keadaan.. mahu atau tidak kita harus mengakui dan menerima bahawa penyakit ini adalah satu bala yang diturun Allah s.w.t ke atas manusia.. ia bukan permasalahan sains semata-mata.. dan seperti kita tahu..bala Allah akan turun ke atas semua manusia tanpa mengira siapa mereka.. baik yang beriman mahupun yang kufur.. tidak mengira pemimpin atau yang dipimpin...

Apabila mengambilkira ia sebagai bala..soalnya mengapa masih tidak ada mana-mana pihak yang tampil mengajukan kepada mana-mana pemerintah untuk mengadakan solat hajat atau tolak bala atau mengadakan bacaan yassin disemua masjid dan surau.. memanglah kita boleh lakukannya sendirian dirumah ..tapi bukankah lebih jika berjemaah.. atau kita rasanya perkara ini kecik sehingga tidak perlu untuk lakukan itu.. lagipun keluarga kita belum kena..

Apa kata sebelum ceramah yang dianjurkan oleh PR terutama PAS diadakan dulu solat hajat atau munajat agar Allah menghilangkan bala ini.. perlukah dalam setiap ceramah kita hanya berminat untuk mengutuk pihak sebelah sana sahaja.. rasanya disinilah peranan PR dalam menyatukan ummah.. penyakit ini memberi peluang kepada PR untuk menggerakkan ummah dalam konteks permohonan kepada Pencipta untuk menjauhkan bala ini.. kita tidak perlu lagi bergerak atas penjelasan soal ekonomi negara, soal duit Petronas, soal pusat tak bagi geran tahunan, soal picisan..kita (PR) perlu bergerak atas kepentingan UMMAH tanpa lagi mengira dia PAS, PKR, atau DAP..kita perlu bergerak atas isu sejagat..isu kesejahteraan seluruh manusia.. H1N1 adalah common enemy kepada mesyarakat tanpa mengira fahaman politik..

jadi harusnya PR melihat perkara ini dengan rasional... perjuangkan isu ini dalam konteks kefahaman sendiri (melihat sebagai bala)..lalu kemukakan penyelesaian dalam konteks keagamaan.. solat hajat, munajat, bacaan yassin dan lain-lain ..

Kini bukan waktu kita salahkan kerajaan BN yang lambat mengawal, atau lembab bertindak.. tetapi kita harus ke depan menjadi peneraju dalam menjaga kemaslahatan rakyat.. H1N1 ini mungkin juga satu ujian bagi melihat apakah PR sebenarnya ikhlas dalam memperjuangkan rakyat.. atau hanya retorik untuk politik dan menang piliharaya sahaja..

Apapun sebagai umat Islam, rasanya kita harus mula menggantung harapan dan permohonan kepada Allah dalam menyelesaikan permasalahan ini.. jangan lagi kita lali dan lewa .. cukuplah dengan kelekaan lalu.. sama-sama kita berdoa semoga penyakit ini dihilangkan Allah dari bumi dan negara kita ini..

Sekian, wassalam

Artikel dari Kedahlanie

No comments: