Friday, November 9, 2012

MANUSIA TIDAK PERNAH PUAS.

Alkisah seorang pemotong batu….

Najib seorang pemotong batu yang amat tidak berpuas hati dengan dirinya dan kehidupannya. Najib sentiasa merungut.

Satu hari, Najib disuruh oleh seorang kaya raya untuk memotong batu di belakang rumahnya. Rumah orang kaya raya tersebut penuh dengan harta dan semua pelawat-pelawat VVVIP.

“Orang kaya raya ini mesti power!” fikir Najib. Dia menjadi dengki dan menutup mata berdoa agar satu hari beliau menjadi sekaya orang kaya raya tersebut.

Najib terkejut, apabila ia membuka matanya, doanya termakbul, dia seorang yang kaya raya kini, penuh dengan harta dan kuasa yang tidak pernah dirasainya.

Setelah beberapa ketika, Najib berasa jengkel kepada mereka yang tidak sekayanya.

Tiba-tiba satu hari, satu satu kereta pegawai besar datang melalui jalan di depan rumahnya. Pegawai tersebut duduk dalam kereta yang sangat mewah dan eksklusif dengan pelbagai bodyguard, dan apabila berjalan akan diiringi oleh barisan askar. 

Orang kaya raya macam mana pun kena tabik pada pegawai tersebut.

“Powernya pegawai itu. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi pegawai VVVVVVIP itu,” doa Najib sambil menutup mata.

Doa Najib termakbul, kini dia telah menjadi Pegawai tersebut, yang disanjungi, ditakuti dan dibenci oleh orang-orang kelilingnya….

Semasa berada dalam kereta, Najib terasa amat panas. Najib keluar melihat teriknya matahari tersebut yang bersinar megah di langit.

“Powernya matahari tersebut. Alangkah baiknya kalau saya boleh menjadi matahari,” doa Najib sambil menutup mata…

Bila Najib membuka mata, betul dia dah jadi matahari – dia menggunakan kuasanya untuk memancar segala cahaya dan haba ke bumi sehingga kemarau berlaku untuk menunjukkan bahawa dia paling berkasa.

Tiba-tiba ada awan besar datang menghalang dia, cahaya dia tidak sampai ke bumi.

“Powernya awan ini. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi awan besar itu…” doa Najib sambil menutup mata lagi.

Apabila membuka mata, doa Najib termakbul lagi, beliau kini menjadi awam besar. Dia menunjukkan kekuasaan dengan hujan lebat sehingga flyover ciptaan manusia boleh terbanjir.

Semasa Najib sedang menurunkan hujan, tiba-tiba datang angin kuat menolak dia ke laut besar.

“Powernya angin. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi angin pula…” doa Najib sambil menutup mata.

Bila membuka mata, Najib betul menjadi angin seperti yang didoakan – ditiupkanya semua bumbung dan menumbang berderet pokok sehingga ia menjadi dahsyat dan dibenci semua orang di bawah.

Tapi ada satu yang tidak berjaya ditiup Najib – sebuah batu besar. Tak kira sekuat mana tiupan Najib batu besar itu tetap tidak bergerak.

“Powernya batu. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi batu…” doa Najib sambil menutup mata.

Kemudian, Najib betul menjadi batu besar, berkuasa daripada segalanya di muka bumi ini. 

Tapi ketika Najib berdiri di sana, dia terdengar suara tukul menghentam satu permukaan yang keras dan merasakan dirinya sedang diubah bentuk.

Najib melihat sekeliling – dan terlihat seorang pemotong batu merupai dirinya sendiri sedang memecahkan dirinya.

“Oi, bangun!”

Najib tersedar daripada tidur petang… “Kamu nak jadi apa, tengah makan pun boleh tertidur,” sindir orang kaya raya tersebut.

“Seorang pemotong batu dah ok,” kata Najib.

Dapat isi tersirat untuk malam Jumaat? 

Senyum Jumaat.-Tuan Ibrahim Tuan Man

1 comment:

Anonymous said...

Lepas ni buat cerita Najib si pembunuh bersiri..tapi sehingga ini gagal didakwa..atau Tok Cai Mahadet dengan segala kemewahan & kekayaan hasil rompakan hartakarun Malaysia yang gagal didakwa juga, ataupun Kebijaksaan Toyib Al Mahmudi laksana Toyol yang kuat menjual tanah2 Sarawak, yang gagal didakwa juga..